Ketika mata ini melihat keindahan alam semesta... Subahanallah... Alhamdulillah.. terima kasih ya Allah kerana Engkau mengurniakan aku penglihatan yang sempurna. Dengan itu, aku dapat melihat dan membezakan dunia yang pelbagai.. Dapat aku menghayati keindahan alam ciptaanMu. Langit membiru yang tidak berpasak dan tidak bersempadan. Lautan yang luas sayup terbentang.. Keindahan flora yang berona kehijauan.. sesedap mata memandang.. Dapat juga aku menyaksikan silih bergantinya matahari dan bulan yang menyebabkan terjadinya siang dan malam. Dapat juga aku menatap wajah tenang kedua orang tuaku yang mendamaikan... Tetapi aku adalah hamba yang lemah.. sering menyalahgunakan dan tidak mensyukuri nikmatMu.
Ketika hidung menghirup udara segar tanpa cemar dan wangian bunga ya
ng sedang mekar... Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana Engkau mengurniakan aku panca indera yang satu ini... cukup sempurna.. Dengannya aku dapat menghirup oksigen untuk menggerakkan jantungku untuk mengepam darah agar aku bisa untuk terus hidup.
Ketika mulut dan lidah ini petah berkata-kata... Alhamdulillah terima kasih ya Allah... kerana mengurniakan aku nikmat untuk berkata-kata.. semoga setiap patah perkataan yang terzahir dari mulut ini adalah perkataan yang mendekatkan diriku kepadaMu, perkataan yang menyentuh hati dan jiwa orang lain untuk dekat kepadaMu.. bukan perkataan dan kata-kata yang memburukkan orang lain, ataupun kata-kata yang lantas mendekatkan dan menghampirkan diri ini ke gerbang pintu neraka...
Ketika kakiku masih mampu untuk berdiri, berjalan malah berlari dan ketika kedua lutut ini masih kuat untuk bersujud.. Alhamdulillah terima kasih ya Allah..kerana Engkau masih memberikan aku nikmat itu..nikmat untuk aku terus rukuk dan bersujud kepadaMu tanda pengabdian seorang hamba walaupun acapkali aku melengahkan dan lambat menyahut seruanMu...
Ketika aku bersalaman dan berpelukan dengan saudari seiman dan seakidah denganku... Alhamdulillah, terima kasih ya Allah.. kerana Engkau masih memperkuatkan ikatan ukhuwah antara kami.. Engkau masih mempertautkan hati-hati kami untuk sama-sama terus ikhlas berjuang di jalan ini... Subahanallah, sungguh! Inilah antara anugerah termahal buat diriku kerana aku tidak mampu untuk berdiri sendiri... Engkau kuatkan ikatannya ya Allah kerana seringkali berlaku ketidaksefahaman dan percanggahan pendapat antara kami lantaran lemahnya iman kami dan terlalu mengikut ego dan emosi sendiri.... Semoga kemanisan ukhuwah ini akan terus aku nikmati walaupun banyak dalam hak-hak prsaudaraaan ini tidak mampu aku penuhi..
Aku menadahkan kedua tangan ini.. ya Allah, ampunilah dosa-dosa hambaMu ini yang seringkali lalai dan alpa.. Hambamu ini yang jarang sekali bersyukur dengan nikmat yang Engkau berikan... Segalanya terhidang di hadapan mata.. Aku alpa ya Allah... aku leka ya Allah... dalam mengecap dan mengejar kebahagiaan dunia yang sementara ini... aku seringkali gagal untuk membuktikan tanda kesyukuranku... aku seringkali lupa untuk menggerakkan bibir mengucap Alhamdulillah, menadah tangan memohon sebaris doa atau bersujud tanda syukur kepadaMu...Gagal!! Gagal dalam menterjemahkan definisi seorang hamba.
Subahanallah...sahabatku, terlalu banyak nikmat yang Allah telah berikan kepada kita namun seringkali kita tidak menghargainya... sama ada kita sedar atau tidak sedar atau buat-buat tidak sedar...kita seringkali mengabaikannya....

" Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak mampu menghitungnya. Sungguh Allah benar-benar Maha Pengampun Maha Penyayang." [QS 16:18]
Sahabat, lihat sahaja pada diri kita... anggota badan kita, darah yang dipam, jantung kita yang berdegup... Subahanallah.. tak terbayang dek fikiran ini... Betapa lemahnya kita insan yang dicipta berbanding Pencipta yang Maha Agung !
Semoga setiap helaan nafas ni diiringi dengan ucapan hamdalah...tanda terima kasih dan syukur kita kepada Pencipta...
Setiap detik, terima kasih ya Allah
0 comments:
Post a Comment