Assalamualaikum wbt..
Bismillahiwalhamdulillah...
PANDUAN BERSAHABAT:Nasihat Imam Syafie
Sahabat Yang Baik
Aku menyintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang seiring dan sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati.
Aku selalu berharap mendapatkan sahabat-sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam kedaan suka ataupun duka. Jika aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.
Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi sahabat, semakin aku percaya diri.
Mencari Sahabat di Waktu Susah
Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Kalau suka melanda, aku sering bertanya....Siapakah yang sudi menjadi sahabatku? Dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.
Pasang Surut Persahabatan
Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tak ubahnya roda zaman yang tik mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri dari mereka, mereka mencemuhkan dan jika aku sakit, tak seorang pun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang yang iri hari, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.
Dariku untuk sahabat...
Saya pernah mencari apa erti sahabat dalam hidup saya sejak dari sekolah. Namun saya tidak jumpa. Rentas masa yang panjang itu sentiasa membuatkan saya berfikir, bilakah agaknya aku mampu berjumpa dengan sahabat yang sebenar2 sahabat. Mencarinya ibarat mencari sebutir permata di dasar lautan yang dalam. Alhamdulillah saya ketemu juga di KMPh. Saya pernah bertanyakan kepada adik saya,
"dik, apa yang adik faham beza antara sahabat dan kawan"
"sahabat tu sentiasa bersama kita dalam susah dan senang, kawan tu bersama dengan kita waktu kita senang aja. kenapa kak tanya?"
"saje je dik"
Owh, muda-muda lagi ada saya sudah memahami erti sahabat yang sebenar-benarnya. Bagusla macam tu dik.
Bagi saya erti sahabat itu,
1. seseorang yang sentiasa mengingatkan saya tentang kecintaan dan ketaatan kepada Allah
2. seseorang yang menegur saya apabila saya melakukan kesilapan, makin lalai dan lupa
3. seseorang yang sentiasa bersama dengan saya saat saya susah dan senang
4. seseorang menenangkan saya dikala saya sedih, resah dan gundah
5. seseorang yang mampu menggembirakan dan membahagiakan saya
Ops, terlalu tinggi demand saya, dan ia membuatkan saya berfikir dan terfikir. Adakah saya
1. seseorang yang sentiasa mengingatkan tentang kecintaan dan ketaatan kepada Allah
2. seseorang yang menegur sahabat saya apabila dia melakukan kesilapan, makin lalai dan lupa
3. seseorang yang sentiasa bersama dengan sahabat saat dia susah dan senang
4. seseorang menenangkan dia dikala dia sedih, resah dan gundah
5. seseorang yang mampu menggembirakan dan membahagiakan dirinya?
Ohh, saya tidak mampu melakukan semua itu. Saya manusia biasa. Acapkali melakukan silap dan salah. Masih memperbaiki diri untuk menjadi sahabat yang sempurna, walaupun ku tahu diri ini tidak mampu menjadi seperti itu.
Merefleksi diri seketika, mampukah saya menjadi seperti ini:
"Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang kain kecuali orang-orang yang bertaqwa" (QS Az-Zukhruf:67)
"Sahabat yang baik, umpama pembawa minyak wangi, mungkin dia akam memberikannya kepadamu, atau kamu akan membeli darinya, atau kamu akan mendapatkan aroma harum darinya. Tetapi sahabat yang jahat umpama peniup dapur tukang besi, mungkin dia akan membakar pakaianmu, atau mungkin kamu akan mendapat bau busuk darinya" (HR Bukhari & Muslim)
Sahabat,
kalian menjadi bintang dikala kesuraman menyelubungi diriku,
kalian menjadi matahari yang sentiasa menyuluh terang ruang kegelapan hidupku
kalian ibu dan kalianlah bapa kerana kalian banyak membimbing, menuntun tangan ini, menyambut diri ini dikala aku jatuh dan jauh
kalian adalah guru kerana bersabar dengan diri ini yang sentiasa melakukan kesilapan, selalu leka dan lalai
terima kasih kerana kalian sudah menunaikan tanggungjawab tetapi aku yang tidak menunaikan hak kalian.
maafkan diri ini teman atas keterbatasan ini
to all my friend, thank you very much. u are always make me smile and lighting up my day :)
Special dedicated to:
- Akhwatifillah (ana sayangkan kalian kerana Allah)
- Housemate tersayang (thanks for everything)
- Xhousemate di MT dan UKAZ (ana sangat rindu saat itu)
- Teman2 sekuliah di FEP, UKM (raufaima,ismifarza)
- Teman2 di matrik yg sudah lama tidak dihubungi (semua salah diri sendiri)
- Teman2 di sekolah menengah (erk diorang tau ke blog ni :P)
- Anak2 tersayang (xsmtss -kalian tetap di hati akak esp shymushah )
- Adik2 tercinta yang mana aku jumpa di stesen komuter, di dalam bas, di surau (suhaina,atikah,nadira,solehah dan yg akak sudah lupa namanya maafkan akak ye)
- juga tak kulupa yg dikenali di alam maya (ramai sangat)
walaupun diri ini jarang menghantar mesej kepada mu apatah lagi membuat panggilan kepada mu
walaupun diri ini acapkali gagal untuk bertanyakan dan mengambil berat soal kesihatanmu, soal pekerjaanmu, soal pelajaramu
walaupun diri ini acapkali tidak hadir ke majlis jemputan kalian
walaupun jarak kita sudah semakin jauh, akan tetapi ikatan hati kita tetap utuh
tetapi aku mahu kalian tahu, kalian tetap dihatiku
dan aku juga mahu kalian tahu yang aku menyayangi kalian kerana Allah
Sebuah kenangan indah (kisah klasik) pernah terlakar disini dan aku tidak akan melupakannya insyaAllah. Bagi kalian yang mengerti maksudku, aku sayangkan kalian semua kerana Allah. Dan usah biarkan istana cinta yang kita bina itu, rosak dan musnah dipukul ombak.
- Entry yang paling mengharukan. Jarang saya bercerita tentang kisah persahabatan kerana ia sesuatu yang subjektif. Bagi saya ia perlu dibuktikn dan dizahirkan dengan perbuatan.
aku lah sahabatmu..hehe..eh ko kakak angkat aku kuya..haha.lepas ni entri aku pasal keluarga kita di frenzy,kak..tunggu..
ReplyDeleteerkk, radiome nih.macam2 la hang ni kan. hope dapat pengajaran ye :)
ReplyDeletetahniah kerana berjaya tulis ttg Sahabat... pengharapan yang akan tercapai...
ReplyDeleteistana halaqah cinta?
ReplyDeletesyg akak fillah ~ oh rindu sudeh..
to u.wan: Alhamdulillah..mengharukan :).insyaAllah, semoga termakbul
ReplyDeleteto adeq: ye, istana idaman
ReplyDeleteluv u fillah dik..:)
<3
ReplyDelete:)
<3 kamu juga shy :)
ReplyDeleteshy: akak suka hadith yg ditepek di blog kamu tu. akak paste kat sini :)
ReplyDeleteseorang sahabat bertanya kepada Nabi saw "Bagaimanakah ciri-ciri orang yang patut aku dampingi (untuk dijadikan teman)?"
Nabi bersabda : "teman yang patut kamu dampingi ialah apabila kamu melihatnya, kamu akan teringat Allah. Apabila mendengar kata-katanya, bertambah ilmumu dan apabila kamu melihat amalan-amalannya, lalu kamu akan teringat akan hari akhirat
1 hope i can be like this
heee..tapi pic yg kite bg akak hri tu..kite ade add skali hadith tu on that pic..maybe akak tak perasan..
ReplyDeletebtw..for me: i choose u as my true sister,because in yourself have all the things that have been written in this hadith..
shy, kak bukannya manusia sempurna..selalu je buat silap, selalu je lalai dengan Allah, selalu je terlupa dan terleka..
ReplyDeleteim always appreciate u as my sister that always here beside me :)
Alhamdulillah thank u Allah :)
shy...macam panggil ana lak..huhu..nama ana shynee...kawan sekolah panggil shy ~
ReplyDeleteya i know..manusia tu tak ada yang sempurna..pasti ada sedikit cacat-celanya di sana sini..sama ada kite perasan atau tidak jer right?btw.. itu pandangan kite towards u,mugkin stakat ni kita nampak yg ok je kat akak and mana yang silap tu tak kelihatan lagi..thats why kita kata mcm tu.
ReplyDeletethank you sis combiku panda.i appreciate u too as well..
assalamualaikum ruhjihad..
ReplyDeletesemoga anda mendapat petunjuk dan hidayah dalam memilih sahabat-sahabat anda.
sahabat itu akan jadi sebahagian daripada diri dan kehidupan kita.
susah senang kita adalah juga susah senang sahabat kita. begitu juga sebaliknya..
waalaikumsalam abgreds..
ReplyDeleteterima kasih atas doanya..insyaAllah :)
moga Allah beri yg terbaik buat kita smua :)
:)
ReplyDeleteASSALMUALAIKUM W.B.T..pada pandannga ukhti knapa perlu kita bersahabat..saya lihat ade juga manusia yg tidak suka berkawan xpi hidupnya masih tenang...dlm skop mcmana kita boleh bersahabat sesama lelaki? sesama perempuan ? atau sahabat antara lelaki dan perempuan?
ReplyDelete