Tuesday, August 24, 2010

Kita Manusia Pendosa

Assalamualaikum wbt...

Bismillahiwalhamdulillah..

Alhamdulillah, hari ini saya dapat satu momentum untuk menulis. Tajuknya "Kita Manusia Pendosa". Ya benar, kita manusia tiada yang sempurna. Setiap hari kita melakukan dosa, baik dosa besar atau kecil...baik secara terang-terangan mahupun secara sembunyi. Tapi.. itu bukanlah alasan untuk kita terus-terusan larut dengan kesalahan yang kita lakukan.. Dosa kecil apabila dikumpulkan ia terus membukit dan andai tidak dihapuskan dengan istighfar dan taubat nasuha ia terus menggunung dan menggunung..

Bayangkan situasi di bawah, tak ade kaitan dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia:

Situasi 1:Dialog 2 orang kawan

"Mat, aku tengok kau ni hari2 pegi kelab. Bulan puasa pun sama."

"Ala aku muda lagi la Li, baru je 23 tahun, masih banyak masa lagi. Biarla muda2 ni aku enjoy dulu. pegi clubbing, joget2 kat disko, minum arak. Baru aku puas. Muda hanya sekali beb. Tua nanti aku bertaubatlah."

"Mat, kau jamin ke esok kau hidup lagi. Kau jamin ke kau sempat bertaubat? Baik kau hentikan je la semua ni. Aku penat tengok kau."

"Kau jangan nak jaga tepi seluar aku Li. Semua ni urusan hidup aku. Biar aku yang uruskan. Kau uruskanla hidup kau tu."

Mat keluar dan meninggalkan Li dalam keadaan yang terpinga2. Beberapa jam lepas tu, Li mendapat berita dari kawan Mat, Mat terlibat dalam kemalangan akibat memandu dalam keadaan mabuk dan meninggal di situ. Pengakhiran kehidupan yang tragis. Semua orang tak mahu pengakhiran yang begitu kan?

Berdasarkan situasi:

1. Mati itu bila2, jangan tangguh taubat kita

Mati tu bukannya tunggu kita umur 23 ke, 87 ke tak tapi bila2. Kita sendiri tak dapat menjamin sama ada kita hidup lagi ke tidak esok hari kan. Jadi sama-samalah kita bertaubat kepada Allah.
Jadikanlah kematian itu sebagai nasihat yang terbaik untuk kita. Kita memang tidak mengetahui bila kita akan mati, semuanya tersimpan kemas dalam pengetahuan Allah, tapi kita boleh memilih bagaimana cara kita mengakhirkan kehidupan: sama ada husnul khatimah atau su'ul khatimah. Yang ni saya dah sentuh dalam penulisan sebelum ni. Boleh rujuk di sini: Cukuplah kematian sebagai nasihat.

Kadang2 ada yang cakap, "aku tak sampai seru lagi la nak berubah". Kalau seru tu tak sampai, last2 kita mati macam mana? Sahabat, hidayah itu milik Allah, maka berdoalah semoga Allah berikan kita hidayah dan petunjuk supaya kita tak sesat.

2. Muda itu hanya sekali

Gunakanlah potensi, semangat dan energi kita sebagai pemuda untuk contribute sesuatu untuk Islam. Orang muda penuh idea yg boombastik, kreatif, kritis, maka jangan sia-siakan. Bukan ia dihabiskan di kelab2 malam, di lorong2 gelap, di jalan raya... tapi di jalan Allah! hayati kembali kehidupan para sahabat r.a yang mengorbankan masa muda untuk Islam.

cukup setakat itu saya mengulas. Bagi buah fikiran je. yang lain kita boleh fikir sendiri. Dah besar kan.

Kita lanjutkan perjalanan ini dengan mengambil pengajaran dari pesanan seorang sahabat Rasulullah SAW, Abdullah Ibnu Mas'ud.

Beliau berkata."Sesungguhnya orang mukmin yang merasakan dosa-dosanya seperti setinggi gunung, dia khuatir kalau2 dosa yang besar dan tinggi itu akan jatuh dan menimpa dirinya (seperti gunung yang boleh roboh menimpa manusia di bawahnya). Sebaliknya, orang yang durhaka/pendosa menganggap remeh dosa dan kesalahan yang pernah dibuatnya, laksana lalat yang hinggap dihujung hidungnya, yang begitu mudah ia menghalaunya"

Jangan mengambil remeh dengan dosa yang kita lakukan. Jangan tangguh taubat kita. Jangan bertangguh dalam lakukan kebaikan.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Alla dengan taubat yang sungguh-sungguh, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai."
(QS At-Tahrim)

Kunci utama rasalah kebersamaan Allah. CCTV Allah sentiasa memantau apa yang kita lakukan. Setiap kesalahan dan kebaikan yang kita lakukan pasti ada pencatat di kiri dan kanan yang mencatatkan.

Dari Ibnu Abbas r.a dari Rasulullah SAW, Baginda menyampaikan apa yang diterimanya dari Tuhannya Allah Azza wa Jalla. Dia berfirman, "Sesungguhnya Allah mencatat semua amal kebaika dan keburukan." Kemudian dia menjelaskan: Maka barangsiapa telah berniat untuk berbuat suatu kebaikan tetapi tidak melakukannya, maka Allah mencatatkannya sebagai satu amal kebaikan. Jika dia berniat lalu dia melakukannya, maka Allah mencatatkan berupa sepuluh kebaikan sempai tujuh ratus kali lipat bahkan masih dilipat gandakan. Dan barangsiapa berniat amal keburukan namun tidah melakukannya, Allah akan mencatatnya sebagai amal kebaikan yang utuh dan bila dia berniat dan melakukannya, maka Alah akan mencatat sebagai satu amal keburukan." (HR Bukhari dan Muslim)

Allah hebat bukan? Betapa Maha Pemurah dan Maha Penyayangnya Allah kepada kita.

Ada lagi sahabat semua,

Dari Anas bin Malik r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Allah SWT berfirman, " Wahai anak Adam, sepanjang engkau memohon kepada-Ku dan berharap kepada-Ku akan Aku ampuni apa yang telah engkau lakukan, Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika dosa-dosamu setinggi awan di langit kemudian engkau meminta ampunan kepada-Ku akan Ku ampuni. Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang kepada-Ku membawa kesalahan sebesar dunia kemudian engkau datang kepada-K tanpa menyekutukan Aku dengan sesuatu pun, pasti Aku akan datang kepadamu dengan ampunan sebesar itu pula." (HR Tirmidzi)

Subahanallah...betapa Allah itu Maha Pengampun terhadap hambaNya..

Jadikanlah Ramadhan ini sebagai manusia yang berazam untuk berubah kepada kebaikan. Memang kita tidak sempurna hanya Allah sahaja yang Maha Sempurna, tapi kita perlu berubah untuk menjadi manusia yang betul-betul berazam untuk menjadi manusia yang terbaik. Seruan ini untuk diri saya terutamanya, kerana saya juga seorang manusia pendosa.

1 comments: