Assalamualaikum wbt..

Saya hadiahkan senyum ini buat semua....saya amat gembira hari ini
Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah SAW, ahlulbait, para sahabat dan umat Islam seluruhnya. Alhamdulillah, kita masih diberikan Allah nyawa untuk menghirup udaranya di pertengahan bulan Syaaban..Semoga Allah memberikan kita kesempatan untuk melangkah ke bulan tarbiyah, bulan Ramadhan..insyaAllah. InsyaAllah dengan Syaaban yang masih berbaki mari kita sama-sama tingkatkan lagi amal kita supaya bulan Ramadhan nanti kita boleh buat lebih berganda..Oooooh, siapa yang tidak rindukan bulan Ramadhan. Gedung pahala bagi orang yang beramal.. Bukan gedung membeli belah tau!
Dah lebih seminggu tak mengupdated sihijau biru ni. Afwan kathiro, banyak kerja yang menghambat. Tambah lagi menjadi editor majalah.. boleh dikatakan lebih dari 10 jam menghadap laptop sampaikan laptop ni pun dah naik muak tengok muka tuannya sendiri. Semua sihat? Saya doakan semoga semuanya berada dalam keadaan baik dan sentiasa berada di dalam rahmat Allah. Semoga hari-hari yang kalian lalui lebih baik dari hari yang sebelumnya dan skala keimanan semakin hari semakin meningkat [cakap kat diri sendiri jugak].
Saya nak berkongsi dengan semua tentang satu hadith ni. Abah saya selalu peringatkan saya dengan hadith ni [rasa rindu pulak kat mak n abah]. Acapkali dia ulang.. boleh kata setiap kali saya balik kampung la.. tentang rezeki
"Cuba kamu tengok burung...pergi pagi dia lapar..balik petang dia dah kenyang. Macammana dia dapat makanan?" [lebih kurang camni la dialog saya ngan abah satu petang tu]. Abah ni sifatnya suka sangat bertanya walaupun dia agak senyap. Kadang-kadang banyak soalan2 cepu emas yang keluar.
"Allah dah tentukan rezeki dia kan bah."
"Tu betul..tapi kalau dia duk je kat sarang tu, macammana dia nak dapat makanan kan?"
"Abah betul.." saya jawab dengan nada bergurau. Saya memang suka usik abah..sebab kalau dia usik saya lagi teruk.
"Apapun yang penting kita berusaha. Abah tak kisah kamu kerja apa. Yang penting kamu ada usaha dan janji kerja tu halal" tegas abah.
Saya diam dan senyum je. Anak yang nakal memang macam tu. Suka saya dengan peringatan abah. Saya jadikan ia bekalan sepanjang perjalanan saya bergelar graduan. Kalau boleh tiap-tiap hari saya nak dengar.
Bukan mudah rupanya....
Dulu time saya belajar.. selalu je cakap "bila la nak habis belajar ni. Tak sabar nak kerja". Coursemate pun ramai cakap macam tu.. Nasib baik ekonomi 3 tahun je. Semua masih mampu bertahan untuk habiskan belajar walaupun ada yang buatkerja part time.
Bila dah abis belajar..."Susahnya nak dapat kerja" mungkin itu banyak yang terlontar dari mulut para graduan. Lagi2 bila laporan ekonomi mengatakan jumlah pelajar IPT yang menggangur tu ramai. so scary.
Saya sedang menempuh fasa menjadi orang yang berdikari. Mencari duit sendiri untuk saya teruskan kehidupan. Kadang kala terlintas...ooh, sukarnya menjadi orang dewasa...Lebih-lebih lagi saya bukan yang jenis berdikari. Waktu habis zaman persekolahan, saya hanya duduk dirumah. Mak ngan abah tak izinkan saya bekerja. Oh, masa tu saya duk membesarkan anak-anak yang berbulu ni....

- ni la kambing biri-biri peliharaan keluarga yang sangat comel...yang paling besar tu namanya mamat-
Bila dah habis matrik pun sama. Saya masih tidak mendapat kebenaran keluarga untuk bekerja. Mungkin banyak yang dipertimbangkan oleh mereka. Saya tak kisah. Kat rumah ada je benda boleh buat.. Kesimpulannya saya gagal mendapatkan kepercayaan keluarga time tu. (-_-")
Bila dah abis belajar kat universiti, mereka pula yang bertanya bila saya mahu bekerja. Alhamdulillah, setelah menempuh gelombang, badai, ombak.. saya kini sudah bergelar pekerja.. (bukan dengan goverment) walaupun bukan di bidang saya. Tapi saya suka. Banyak pengalaman, keperitan, yang saya dapat. Yang penting suasananya..Suasananya sungguh berbeza.. Kalau waktu belajar, kita boleh mintak "mak nak duit..duit dah habis la.." So easy. Bila dah kerja cuba sedaya upaya untuk mencari rezeki. Tapi kali ni mak pulakyang telefon "Ni ada duit lagi ke tidak ni" Macam terbalik waktu belajar dulu.
Yakinlah dengan apa yang Allah telah firmankan dalam al-Quran yang bermaksud,
"Dan tiada satu pun makhluk bergerak (bernyawa) di bumi melainkan semuanya dijamin Allah rezekinya. Dia mengetahui tempat kediamannya dan tempat penyimpanannya. Semua tertulis dalam Kitab yang nyata (lauh Mahfuz)" (QS Hud:6)
"Baginya (manusia) ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran, dari depan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila Allah mengkehendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya dantidak ada pelindung mereka selain Dia." (QS 13:11)
"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." (QS 65:2-3)
Macam yang abah cakap tadi.. yang penting kita kena usaha...
Sekian untuk hari ini. InsyaAllah saya update lagi ^_^
Jap..jap.. mana hadithnya Ruhjihad? Ya Allah..lupa lagi.. Isk2
"Seandainya kalian bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, maka pasti Allah akan menganugerahi kamu rezeki sebagaimana Dia menganugerahi burung. Ia keluar pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali di siang hari (senja) dalam keadaan yang kenyang." [HR Tirmidzi melalui Ibnu Umar]

p/s: Ruhjihad.....apa sudah jadi dengan kamu?????
0 comments:
Post a Comment