Katakanlah (Muhammad), " Tidaklah sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyak keburukan itu menarik hatimu, maka bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang mempunyai akal yang sehat, agar kamu beruntung." [QS Al-Maidah, 5:100]
Teruskan Melangkah.....
" Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh berbuat yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah." (QS Ali-Imran: 110)
Thursday, December 22, 2011
Friday, October 7, 2011
Tuesday, May 17, 2011
Masa
Assalamualaikum wbt...
Detik berganti detik, minit berselang minit, jam bergantian, minggu silih berganti dengan minggu yang baru..... Sedar atau tidak, kita sedang menapakkan telapak kaki kita pada bulan Mei 2011. Ah! Pantas sungguh masa yang berlalu... Masa yang berlalu bagaikan air yang mengalir di sebatang sungai. Terus berjalan ke muara tanpa satu pun yang mampu menyekat laluannya... Masa yang pergi takkan bisa pernah berganti.. Bagaikan baru semalam menjadi kanak-kanak dan kini saya sudah menjadi seorang dewasa.. Allah..
Memetik sebuah hadith yang berbunyi,
Daripada Aas bin Malik r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda, " Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api". (HR Tirmidzi)
Benar seperti apa yang disebutkan dalam hadith tersebut. Masa berlalu sangat pantas. Belum sempat untuk berbuat sesuatu, tiba-tiba sahaja masa itu sudah pergi, sehingga banyak perkara yang tidak dapat kita laksanakan. Kita diburu dengan masa dan ia berlalu dengan tiada perkara yang dapat kita selesaikan. Moralnya disini " jangan suka menangguhkan kerja".
Mei menjelang, bermakna sudah hampir 6 bulan saya disini...Berada di daerah baru, dengan amanah yang baru. Banyak perkara baru yang saya pelajari baik dari sisi kehidupan mahupun sisi yang lainnya. Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk belajar dan terus belajar. Belajar untuk merenovate dan memperbaiki iman, belajar cara menguruskan kehidupan..pokoknya BELAJAR..
So, hargailah masa yangg kita ada. Masa yang pergi tidak akan kembali. Yang penting bagaimana kita menguruskan masa kita :)
Friday, April 1, 2011
Setiap detik, terima kasih Ya Allah!!
Ketika mata ini melihat keindahan alam semesta... Subahanallah... Alhamdulillah.. terima kasih ya Allah kerana Engkau mengurniakan aku penglihatan yang sempurna. Dengan itu, aku dapat melihat dan membezakan dunia yang pelbagai.. Dapat aku menghayati keindahan alam ciptaanMu. Langit membiru yang tidak berpasak dan tidak bersempadan. Lautan yang luas sayup terbentang.. Keindahan flora yang berona kehijauan.. sesedap mata memandang.. Dapat juga aku menyaksikan silih bergantinya matahari dan bulan yang menyebabkan terjadinya siang dan malam. Dapat juga aku menatap wajah tenang kedua orang tuaku yang mendamaikan... Tetapi aku adalah hamba yang lemah.. sering menyalahgunakan dan tidak mensyukuri nikmatMu.
Ketika hidung menghirup udara segar tanpa cemar dan wangian bunga ya
ng sedang mekar... Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana Engkau mengurniakan aku panca indera yang satu ini... cukup sempurna.. Dengannya aku dapat menghirup oksigen untuk menggerakkan jantungku untuk mengepam darah agar aku bisa untuk terus hidup.
Ketika mulut dan lidah ini petah berkata-kata... Alhamdulillah terima kasih ya Allah... kerana mengurniakan aku nikmat untuk berkata-kata.. semoga setiap patah perkataan yang terzahir dari mulut ini adalah perkataan yang mendekatkan diriku kepadaMu, perkataan yang menyentuh hati dan jiwa orang lain untuk dekat kepadaMu.. bukan perkataan dan kata-kata yang memburukkan orang lain, ataupun kata-kata yang lantas mendekatkan dan menghampirkan diri ini ke gerbang pintu neraka...
Ketika kakiku masih mampu untuk berdiri, berjalan malah berlari dan ketika kedua lutut ini masih kuat untuk bersujud.. Alhamdulillah terima kasih ya Allah..kerana Engkau masih memberikan aku nikmat itu..nikmat untuk aku terus rukuk dan bersujud kepadaMu tanda pengabdian seorang hamba walaupun acapkali aku melengahkan dan lambat menyahut seruanMu...
Ketika aku bersalaman dan berpelukan dengan saudari seiman dan seakidah denganku... Alhamdulillah, terima kasih ya Allah.. kerana Engkau masih memperkuatkan ikatan ukhuwah antara kami.. Engkau masih mempertautkan hati-hati kami untuk sama-sama terus ikhlas berjuang di jalan ini... Subahanallah, sungguh! Inilah antara anugerah termahal buat diriku kerana aku tidak mampu untuk berdiri sendiri... Engkau kuatkan ikatannya ya Allah kerana seringkali berlaku ketidaksefahaman dan percanggahan pendapat antara kami lantaran lemahnya iman kami dan terlalu mengikut ego dan emosi sendiri.... Semoga kemanisan ukhuwah ini akan terus aku nikmati walaupun banyak dalam hak-hak prsaudaraaan ini tidak mampu aku penuhi..
Aku menadahkan kedua tangan ini.. ya Allah, ampunilah dosa-dosa hambaMu ini yang seringkali lalai dan alpa.. Hambamu ini yang jarang sekali bersyukur dengan nikmat yang Engkau berikan... Segalanya terhidang di hadapan mata.. Aku alpa ya Allah... aku leka ya Allah... dalam mengecap dan mengejar kebahagiaan dunia yang sementara ini... aku seringkali gagal untuk membuktikan tanda kesyukuranku... aku seringkali lupa untuk menggerakkan bibir mengucap Alhamdulillah, menadah tangan memohon sebaris doa atau bersujud tanda syukur kepadaMu...Gagal!! Gagal dalam menterjemahkan definisi seorang hamba.
Subahanallah...sahabatku, terlalu banyak nikmat yang Allah telah berikan kepada kita namun seringkali kita tidak menghargainya... sama ada kita sedar atau tidak sedar atau buat-buat tidak sedar...kita seringkali mengabaikannya....

" Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak mampu menghitungnya. Sungguh Allah benar-benar Maha Pengampun Maha Penyayang." [QS 16:18]
Sahabat, lihat sahaja pada diri kita... anggota badan kita, darah yang dipam, jantung kita yang berdegup... Subahanallah.. tak terbayang dek fikiran ini... Betapa lemahnya kita insan yang dicipta berbanding Pencipta yang Maha Agung !
Semoga setiap helaan nafas ni diiringi dengan ucapan hamdalah...tanda terima kasih dan syukur kita kepada Pencipta...
Setiap detik, terima kasih ya Allah
Monday, February 21, 2011
Sinergi 4: "Dirimu Aku Sanjungi"
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah... Segala puji hanya bagi Allah...ya, hanya untuk Dia..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para ahlulbait, para sahabat dan sahabiah, para salafussoleh, ikhwah wal akhwat, serta insan-insan yang masih terus ikhlas berjuang.. Moga diri kita terus istiqomah insyaAllah..
Sinergi sudah masuk edisi yang ke 4 !! Macam tak percaya tetapi itulah hakikatnya.. Alhamdulillah.. Beginilah rupa majalah Sinergi untuk edisi yang ke 4 ini. Untuk kali ini, kami memilih tema, " Dirimu Aku Sanjungi "

Siapa yang kita patut sanjung dan jadikan teladan, wahai kawan-kawan? Sudah tentu Rasulullah SAW. Sebab apa kawan-kawan? Allah berfirman:
" Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang-orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah." (QS 33:21)
Tak perlu untuk saya menerangkan dengan panjang kerana ia berkonsekuen sekali dengan tulisan saya pada post yang sebelum ini.
Semoga dengan kehadiran majalah yang bernama Sinergi ini akan mendekatkan diri kita kepada Allah dan lebih mengenal siapa Dia. Bagi sesiapa yang brminat untuk menempah/membelinya, boleh melayari laman web SynergyMedia dan dapatkan maklumat yang diperlukan dan boleh juga menempah direct ke emel saya.
Last but not least, untuk teamwork di SM...kalian, semoga kita terus istiqomah dan ikhlas.. insyaAllah..
Sunday, February 20, 2011
The Only One !
Hari itu, alunan selawat bergema di setiap pelusuk alam. Iramanya menusuk kalbu dan mengusik jiwa...mendatangkan rasa kesayuan. Apa yang diharapkan semoga alunan selawat itu sentiasa meniti di bibir, beralun di dalam hati dan bergema di dalam minda setiap detik dan saat kita bukannya hanya pada hari itu. Itu adalah sebagai bukti kecintaan dan tanda ingatan kita kepada Rasulullah SAW yang mendalam yang tidak pernah putus ibarat air sungai yang mengalir terus..
" Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman ! Berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya." (QS 33:56)
Siapa yang tidak mengenali susuk peribadi yang bernama Muhammad bin Abdullah yang bererti 'gelaran yang terpuji' ?
.::. Baginda seorang hamba Allah yang paling taat dan menterjemahkan ketaatannya kepada Allah dengan rukuk dan sujud yang panjang.. Baginda sentiasa memohon keampunan kepada Allah siang dan malam tanpa henti walaupun Baginda seorang yang makhsum.
.::. Pesuruh Allah yang sentiasa menyeru manusia untuk menyembah Allah yang Esa siang dan malam tanpa kenal putus asa, jemu mahupun kelelahan... Dilaluinya setiap cubaan, mehnah dan tribulasi dari Kafir Quraisy dengan sabar dan iman. Alhamdulillah, nikmat itu masih kita rasai sehingga ke hari ini.
.::. Di rumah, Baginda merupakan suami dan bapa yang penyayang yang mendidik dan mentarbiyah para ummahatul mukminin dan anak-anak menjadi mukmin sejati. Bahkan Baginda amat ringan tulang membantu isteri untuk memnyiapkan kerja rumah. Subahanallah..
.::. Dikalangan sahabat, Baginda merupakan sahabat yang sentiasa menenangkan, mengerti setiap kebutuhan para sahabatnya dan sentiasa menyuburkan iman para sahabat juga menjadi driving force kepada sahabatnya untuk berlumba-lumba berkorban untuk agama..
.::. Di medan peperangan, Baginda merupakan seorang komander yang sangat strategis dan tegas dalam memimpin pasukan jihadnya yang menyerahkan segalanya untuk Allah. Baginda menjadi obor yang membakar semangat juang para sahabat. Baginda juga sentiasa terbuka untuk mendengar pandangan para sahabat jika mereka ingin menyusulkan sesuatu cadangan.
.::. Bagindalah murabbi agung, uswah dan qudwah.. kita sendiri melihat bagaimana berhasilnya produk-produk yang ditarbiyah langsung oleh Rasulullah. Abu Bakar r.a, Saad bin Abi Waqas, Abdul Rahman bin Auf dan ramai lagi para sahabat yang sentiasa berjuang susah dan senang bersama Baginda. Sosok peribadi sahabat itu dididik sehinggalah mereka menjadi peribadi yang mantap keimanannya kepada Allah, sangat tinggi kecintaannya kepada Rasulullah, sentiasa bersiap sedia beejuang dan berkorban untuk Islam, tidak pernah menunda-nunda pada hal yang bernama kebaikan dan tidak ragu-ragu untuk menegakkan yang haq dan menentang perkara-perkara yang zalim dan batil.
Subahanallah.... itu bukan sekadar cerita dongeng tapi kisah benar yang berlaku sekitar 1400 tahun yang lalu..
Hari ini, mari sama-sama kita merefleksi diri kita adakah kita benar-benar menanamkan kecintaan kita kepada Rasulullah. Adakah kita benar-benar menghayati sejarah perjuangan Baginda? Atau kita hanya mengenali nama ini pada tanggal 12 Rabiulawal setiap tahun hijrah kerana pada hari itu kita bercuti dan menonton sambutan Maulidur Rasul di kaca televisyen? Jangan begitu sahabatku....mulai hari ini yuk kita sama-sama tanamkan azam dalam diri kita untuk mencintai dan menghayati sirah perjuangan Baginda. Kenapa?
" Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang-orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah." (QS 33:21)
Rasulullah is the only one ^_^

~ Kembali

Assalamualaikum wbt.....
Subahanallah, Alhamdulillah Allahuakbar..... Segala puji itu hanya layak untuk Allah SWT. Hanya Dia tiada selainNya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, qudwah dan uswah Nabi Muhammad SAW, utusan yang terakhir..
Hari ini sudah tanggal 21 Februari 2011, bermakna sudah hampir 3 bulan blog ini tidak diupdate. Saya sendiri merindui blog ini. Diam bukan beerti menyepikan diri cuma mempersiapkan diri. Sudah lama pena ini tidak bergerak untuk menulis, terasa seakan kaku dan kekok pula. Maafkan penulis seandainya terdapat susunan bahasa yang tingkah dan kurang indah. Semoga Allah terus meluruskan niat dan mengikhlaskan hati ini untuk terus melajukan tinta ini. Semoga Allah terus memantapkan iman kita semua insyaAllah..
Doakan semoga pena penulis ini akan terus mengalir tintanya selari dengan arus dakwah yang terus melaju mengharungi mehnah dan duri yang merentangi jalan perjuangan. Semoga langkah kita di atas jalan yang berliku ini terus kuat, kukuh dan mantap selari dengan iman untuk melangkah di atas jalan-jalan yang berduri. Semoga kita akan bertemu di 'sana' untuk menikmati segala kemanisan yang dijanjikan Allah kelak
Friday, November 26, 2010
Alhamdulillah
Assalamualaikum wbt ......
Bismillahiwalhamdulillah...
Alhamdulillah, hari ini Allah masih lagi memberikan kesempatan kepada ana untuk bernafas pada usia 23 tahun. Terima kasih ya Allah terlalu banyak nikmat yang telah Engkau berikan kepada diri ini.. Terlalu banyak.. Memang tidak mampu aku menghitungnya..
Sedikit pesanan untuk diri sendiri:
Iman itu adalah anugerah Allah yang termahal jika dibandingkan dengan segunung emas... dakaplah ia seeratnya apabila ia menyapa dalam kegelapan di lorong kehidupan..ikatlah ia dengan cinta Tuhan agar ia tidak terlepas lalu hanyut..hilang lantas tenggelam ditelan ombak kehidupan yang mengganas... semoga kekal dalam ketaatan dan keimanan hingga ke akhir hayat..amin

Tuesday, November 23, 2010
Ajarkan Aku Cinta...
C.I.N.T.A
Ia bukan hanya sekadar sebutan
Ia bukan hanya sekadar perkataan
Tapi ia terkait dengan hati dan perasaan
Satu perkataan yang akan mengalirkan satu energi lantas menghasilkan satu sinergi yang mampu menghidupkan setiap yang bernyawa..
Ajarkan aku cinta, semoga aku dapat berlayar menuju ke muara cinta sang Pencipta

Assalamualaikum wbt... Subahanallah, Walhamdulillah, Allahuakbar
3rd Sinergi yang bertemakan "Ajarkan Aku Cinta" sudah terbit. Untuk mendapatkannya boleh hubungi melalui
Website SM. Untuk yang berada di sekitar KL, Selangor boleh mendapatkan Sinergi terus melalui saya :)
Sunday, November 14, 2010
im back :)
Assalamualaikum wbt
Apa khabar kalian? semoga semuanya berada dalam keadaan yang baik2 insyaAllah beserta dengan hidayah dan rahmat Allah SWT. Alhamdulillah Allah masih memberikan kesempatan untuk kita bersama dengan masih memberikan kita nikmat kesihatan dan nikmat ini, Alhamdulillah.
Lebih sebulan saya membiarkan blog ini tidak diupdate dengan apa-apa. Maafkan saya. Ada banyak perkara yang ingin dikongsikan, tetapi tidak berkesempatan. Terima kasih pada yang masih sudi membaca,memfollow dan mengunjungi blog ini..
Berlalu sudah Oktober, kini November sudah menjelma dan sudah berada di pertengahan pun. Sungguh pantas masa yang berlalu. Semoga masa yang berlalu dan yang akan kita tempuhi tidak kita sia-siakan.
"Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan pada kebenaran dan berpesan-pesan pada kesabaran." (QS Al-Ashr:1-3)
Subscribe to:
Posts (Atom)